Sunday 12 June 2011

kad kahwin noh hujan n mizz nina


Assalamualaikum ...

Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan.
Tarikh pernikahan mereka dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dan akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.
Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.
Kad jemputan perkahwinan NOH N NINA berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, dan warnanya tampak menyerlah.
Unik! :)
Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun.
sweet kan dorg? :)

Majlis resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.


sumber : mstar.


.sekian.

No comments:

Post a Comment