Thursday 16 June 2011

cayalah Datuk Siti n artis lain jOin askar wataniah wee~



Assalamualaikum ...


hai blogger smue... wahhhh xsangka yer, Datuk Siti pun berminat untuk menyertai askar wataniah  menerusi platun khas yang akan hanya dianggotai penggiat seni tempatan tidak lama lagi selepas mendapat kebenaran suaminya, Datuk K.. :)
pki uniform pon nmpk cntik, artis kan? :)

Ada juga artis artis lain yang telah pun menyerahkan borang penerimaan untuk menyertai Askar Wataniah, seperti pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapten (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

kata Datuk Siti , "Saya memang minat dengan aktiviti lasak malah saya pernah melalui latihan ketenteraan untuk sebuah program televisyen, tetapi menyertai Askar Wataniah ini tentu lebih berbeza dan memerlukan persediaan yang lebih. 

"Jadi bila ditawar dan diberi peluang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid serta kebenaran daripada suami, saya tidak melepaskan peluang ini. Saya juga mahu mengajak supaya peminat saya dan belia turut menyertai Askar Wataniah," katanya.


kata ana rafalli, Saya pernah berniat untuk menjadi askar. Namun, niat tersebut tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya."

kata shaheizy sam, “Saya akan memenuhi cita-cita ayah walaupun dia sudah tiada. Tambahan pula, Saya dapat mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan."


kata Aizat, “Saya mahu menyertai pelbagai jenis latihan yang ada seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti M-16.”


*gmbr, fakta sumber google,bh,metro.


.sekian.

7 comments: